Swift

Tempat-tempat unik dan menarik di malaysia yang perlu dikunjungi

Masih tercari-cari tempat percutian menarik yang unik di Malaysia? Memang banyak sebenarnya

Jika anda baru berkahwin, disyorkan 6 lokasi bulan madu paling popular di Malaysia. Namun jika anda sudah lama kahwin, apa kata cuba hidupkan kembali suasana pengantin baru dengan berkunjung ke tempat percutian yang tersenaraikan di bawah ini :). Ia juga bilah dijadikan percutian famili anda.

 Tubotel Langkawi

Langkawi mungkin tempat percutian paling common rakyat Malaysia. Jika mahu bercuti di pulau? Pasti Pulau Langkawi mesti include dalam senarai. Tetapi ada satu tempat menarik di Langkawi yang tak ramai orang tahu, iaitu Tubotel Langkawi.

Tanah Aina Fahad, Pahang
Jarang orang bercuti tidur dalam khemah. Tetapi inilah keunikan Tanah Aina Fahad, sebuah resort yang menyediakan penginapan dalam khemah dengan aksesori bertaraf lima bintang! Resort ini terletak di Ulu Dong, Raub Pahang. Jika anda peminat flora dan fauna, masukkan Tanah Aina Fahad dalam wish list.


The Dusun, Negeri Sembilan
Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusun yang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.



 Sekeping Serendah, Selangor
Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendah yang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.



Belum Eco Resort Grik, Perak
Sebuah pulau terletak di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun.



Time Capsule Retreat Sungai Lembing, Pahang

Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.



You Might Also Like

0 comments

Flickr Images