Swift

Makanan Istimewa Di Malaysia

Negeri Perlis

Di negeri Perlis pula, terdapat 3 jenis kuih yang popular seperti kuih karas, kuih dangai dan emping. Ia merupakan kuih tradisi di Perlis. Di Perlis memang terkenal dengan kuih muih. Memang akan disukai oleh semua penduduk di Perlis kerana dengan keenakan kuih muih yang begitu popular di sana.

Kuih karas
 Kuih Emping
 Kuih Dangai


Perak

Di Perak pula, rending tok menjadi makanan tradisi di Perak. Rendang tok tidak asinglagi dalam masyarakat melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaanya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri.




 Negeri Selangor

Bubur Sum Sum

Ini adalah menu pencuci mulut di Selangor. Ianya dipanggil bubur sum sum dan ia dilengkapkan dengan air gula merah.




Sambal Jawa

Ini dipanggil sambal jawa. Isinya adalah tempeh, kentang, suhun, ikan bilis yang dimasak bersama-sama dan dijadikan seperti sambal. Yang uniknya, sambal jawa ini dimasak bersama-sama santan.


Negeri Sarawak

Kek Lapis

Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di Sarawak seperti Hari Raya, Krismas, Gawai, Dayak dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenjs corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu.



Laksa Sarawak

Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa di semenanjung baik dari segi ‘mee’ yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Laksa Sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.


Negeri Johor

Mee Bandung

Di Negeri Johor, terdapat Mee Bandung. Ia merupakan makanan yang terkenal di Johor. Pengunjung juga apabila sampai di Johor, mereka wajib akan menjamah makanan ini dan terutama warga Johor memang akan selalu makan, makanan ini.



Negeri Kelantan

Nasi Kerabu

Di Negeri Kelantan ini terdapat satu jenis makanan yang sangat sinonim dengan kegemaran masyarakatnya iaitu “Nasi Kerabu”.Di mana di dalam nasi kerabu ini antara bahan yang dimasukkan ialah “budu’ dan ia dimakan bersama dengan ulam-ulaman. Uniknya makanan ini, ialah nasinya berwarna biru dan antara bahan-bahan lain yang dihidang bersama ialah lada sumbat, sambal ikan, isi kelapa yang digoreng dan dikisar. Pada kebiasaannya, nasi kerabu dimakan bersama pelbagai lauk-pauk antaranya ialah daging bakar, ayam bakar, ikan yang bersalut tepung dan macam-macam lagi.



Negeri Kedah

Apam Lenggang

Di negeri Kedah pula, terdapat makanan seperti kuih apam lenggang.kuih ini berwarna coklat dan sekali pandang macam hangus tapi ia bukan hangus, rasanya manis dan sesuai dimakan ketika sarapan pagoi atau minum petang. Kuih ini berbentuk panjang. Semasa masak, ia menggunakan kuali yang leper dan tuangkan ke dalam berbentuk bulat dan selepas masak, barulah lipat kuih itu.



Negeri Melaka

Asam Pedas

Di Negeri Melaka sangat terkenal dengan masakan Asam Pedas. Dan ianya menjadi makanan tradisi di Melaka dan penduduk di Melaka sangat menggemari masakan asam pedas ini. Para pengunjung juga selalu menjamah makanan ini bila berada di Melaka.



Cencaluk

Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.



sekian saja antara makanan yang amat popular di setiap negeri di malaysia. jikalau anda suka dan mahu mencoba makanan-makanan ini boleh lah melawat ke negeri berikut seperti yang tertera di setiap makanan. dan anda juga boleh menonton video makanan sedap di link di bawah. 

terima kasih, daun keladi
semoga berjumpa lagi

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images