Tempat Menarik Di Terengganu
Tempat
Tempat Menarik di Terengganu
Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu
Terengganu
Di Terenganu, terdapat ikan kelah yang begitu banyak
dan membuatkan anda teruja apabila anda mendekati di sungai tersebut. Anda
boleh alami sendiri di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir.
Disana nanti sebaik sahaja anda semua berada dalam sungai, ribuan ikan kelah
bagaikan menanti kedatangan anda dan terus mengerumuni anda.
Ini
merupakan tempat yang menarik di Terengganu, dimana anda boleh merasakan
sendiri apabila ikan yang banyak datang menyerbu anda dan boleh memegang ikan
tersebut sambilmemberi makan. Malahan, ada juga yang sanggup mencium ikan-ikan
tersebut.
Gunung Tebu, Jerteh
Di Gunung Tebu, Jerteh merupakan tempat tumpuan
pendaki tempatan dan luar negara kerana keunikan bentuk muka buminya yang
sangat mencabar dengan ketinggian 1,039 meter. Sepanjang pendakian hamper 10km
yang memakan masa antara 6 hingga 7 jam untuk sampai ke puncak, dalam pada masa
yang sama , pendaki juga boleh singgah ke Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat
Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda dan Batu Madrasah yang
menyajikan panorama yang begitu indah serta flora dan fauna ynag masih
terpelihara
Keindahan
yang dikatakan menarik di puncak, parapendaki dapat melihat dua pulau iaitu
Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Dan ada diantara pendaki yang akan bermalam
dengan perkhemah di kawasan gunung.
Chinatown, Kuala Terengganu
Tempat yang ketiga menarik di Terengganu ialah Chinatown, Terengganu. Bagi mereka yang
pernah ke lebuh Armenia, Pulau Pinang dan Art of Old Town, Ipoh, wajib singgah
ke jalan Kampung Cina. Langkah anda pasti berhenti di setiap loronng dan
celah-celah deretan bangunan kedai-kedai lama kerana terpegun dengan lukisan
mural berwarna-warni malah ada yang punya ceritanya sendiri.
Lorong
Warisan Dunia misalnya memaparkan mercu tanda dunia yang terkenal seperti Taj
Mahal manakala ruang udara di Payung Lane pula dihiasi dengan susunan paying
beraneka warna dan di dinding Lorong Kenanga pula tergantung plak-plak tokoh
masyarakat Cina yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu.
Tempat yang keempat yang menarik di
Terengganu ialah Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu. Vila penginapan
menjadi tumpuan orang ramai untuk bermalam disini kerana rekaan bentuk vila ini
yang cantik, menarik dan vila ini juga menghadap Setiu Wetlands dan Laut Cina
Selatan. Ia juga berkonsepkan gaya klasik dan tradisional yang cukup unik.
Yang
menariknya, vila penginapan ini dibangunkan dengan kayu sepenuhnya di kawasan
seluas 4 hektar tanpa menggunakan kayu. Lantaran itu, apabila anda berada
disini, anda akan berasa angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan.
Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Di negeri Terengganu, satu-satunya taman tema
bercirikan Islam yang pertama seumpamanya di dunia. Kawasan seluas 10 hektar
ini menempatkan 22 replika monumen dengan seni bina Islam dari 21 negara
antaranya Masjid Nabawi, Arab Saudi, Kubah As Sakhra, Palestin, Tugu Kompleks
Suleyman, Turki, Menara Kalyan, Uzbekistan, Masjidil Haram dan banyak lagi.
Taman
Tamadun Islam yang berkonsepkan Edutainment Park, ia secara tidak langsung
memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai sejarah pembinaan
monumen-monumen ini melalui tayangan video, gambar dan kuiz interaktif.
Sungai Bangang, Dungun Terengganu
Di samping itu, tempat yang menarik seterusnya yang
wajib pengunjung datang bila sampai di Terengganu ialah Sungai Banggang, Dungun
Terengganu. Ianya terletak dalam kawasan Hutan lipur Cemerong.
Jalan
untuk sampai di Sungai Banggang ini adalah melalui jalan pintas menuju ke Kem
Balak. Di laluan ini, tidak lagi melalui puncak Gunung Berembun, Taman Bonsai,
Berembun kecil dan Kem Y. Sejam berjalan, mungkin sudah mula menuruni lembah
dan mula menyeberangi sebatang sungai yang dinamakan Sungai Bangang. Para
pengunjung patut mencuba untuk datangdi lokasi yang cantic dengan keindahan
alam flora dan fauna dan malahan menjadi tempat untuk mandi manda dan berkelah.
sekian saja perkongsian kami pada kali ini, selamat melancong
#majulahmalaysia
0 comments