Swift

Tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi #popular #malaysia




Sebuah Pulau daripada 99 pulau yang terletak 30km di tepi pantai barat Semenanjung Malaysia, Langkawi adalah salah sebuah pantai yang terkenal dan antara yang paling popular di Malaysia. Menggabungkan daya tarikan melalui sejarah, tambang yang berpatutan, peluang menyelam yang sangat baik, suasana pada waktu malam yang menarik dan membeli-belah dengan harga yang sangat rendah, pulau bebas cukai ini sememangnya digelar sebagai oasis laut.
Pantai yang bersih di Langkawi diiktiraf sebagai antara pantai yang terbaik di dunia manakala jalannya yang besar menyediakan akses mudah untuk ke tempat-tempat bersejarah dan tempat tarikan yang indah, sesuai bagi mereka yang meneroka Langkawi menggunakan kenderaan sewa. 
Antara tempat-tempat menarik yang prlu dikunkungi oleh para pelancong ialah Dataran Lang (Kuah). disini terdapat sebuah tugu besar berukirkan seekor burung helang yang merupakan lambang kemegahan penduduk di Pulau Langkawi. Selain itu, di Dataran Lang ini juga merupakan tempat istirahat yang sempurna untuk para pelancong kerana mempunya permandangan laut yang amat bersih dan jernih serta permandangan yang amat cantik di waktu petang.
Selain itu, pelancong juga boley melawat Makam Mahsuri yang terletak di berdekatan dengan Galeri Perdana. Di makam mahsuri pengunjung dapat mempelajari sejarah mahsuri tentang kisah hidup mahsuri dan bagaimana mahsuri di bunuh suatu ketika dahulu yang sampai sekarang merupakan sebuah cerita lagenda bagi masyarakat Langkawi. Di Makam Mahsuri pengunjung juga boleh melihat bentuk asas rumah-rumah pada zaman dahulu.



Masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang semestinya dilawati oleh para pelancong dari dalam atau pun luar negara. berikut adalah senarai tempat-tempat yang amat menarik perhatian dan perlu dilawati:

1. Underwater World Langkawi
2. Kereta Kabel Langkawi
3. Oriented Village LAngkawi
4. Taman Mardi Langkawi
5. Telaga Harbour
6, Bird Paradise Wildlife Park
7. Galeri Perdana
8. Pantai Cenang
9. Tanjung Rhu
10. Kilim Geoforest Park

Selain daripada tempat-tempat menarik di Langkawi, sudah pasti ramai pengunjung akan mencari tempat makan yang sudah pastinya akan membuka selesa para pelancong yang datang ke Pulau Langkawi ini. Berikut ialah tempat makan yang sering menjadi tumpuan pengunjung di Langkawi:

1. Pantai Cenang

  • Restoran Haji Ramli
  • Selera lubuk Buaya 
  • Restoran Sambal Tumbuk
  • Restoran Hall In The Wall
  • Restoran Haji Jelani
2. Padang Maksirat/ Airport
  • Jom Ikan Bakar
  • Gulai Kawah
  • Restoran D Pulau
  • Restoran Patani
3. Kuah
  • Wan Thai
  • Restoran Bamboo
  • Fish Farm Restoran
  • EE Burger
  • Wonderland Seafood

Di Pulau Langkawi juga terkenal dengan barang tanpa tax. Barang-barang di sini amat murah jika di bandingkan di luar. Berikut adalah senarai tempat-tempat yang amat terkenal untuk para pelancong untuk membeli cenderahati sebelum pulang ke rumah :

  • Haji Ismail Group (HIG)
  • Idaman Suri
  • SAGA
  • Coco Valley
  • The Zon 



Sampai disini saja perkongsian saya tentang tempat menarik di langkawi. Nanti saya akan memberi info tentang tempat yang popular di malaysia yang akan menarik minat pelancong untuk datang serta melawat negara saya Malaysia.

#travel #murah #malaysia

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images